Loving Page

AKU INGIN MENJADI KEKASIH HALAL

“Saya sayang awak. Sungguh, saya tak tipu.” Lia membalas, “Ok. Saya pun sayangkan awak. Cinta awak. Mulai hari ini, kita dah jadi pasangan tau.” Aku membalasnya dengan kata-kata yang sama. Aku ketawa gembira dalam hatiku.

Haha..senang saja nak ‘tackle’ budak perempuan si Lia ni..cepat cairlah katakan..haha..lepas ni giliran si Fiona pula..tunggulah kedatanganku di Café nanti..kau pula jadi mangsa ‘couple’ aku..haha

“Awak, kita ‘couple’ nak tak? Kita dah lama kawan kan..apa salahnya kalau kita maju ke depan lagi.” Fiona senyum sambil berkata, “Lama saya tunggu awak cakap macam ini tau. Hehe. Saya terima awak. Tapi, ‘girlfriend’ awak tak marah ke?” Hatiku tergelak besar. “Haha. Saya mana ada ‘girlfriend’, semua tu kawan saja. Mereka saja yang anggap saya ni ‘boyfriend’ mereka. Saya sayang awak seorang saja. Percayalah.” Fiona gembira mendengar pengucapan dusta dari bibirku, “Terima kasih Sayang. Saya pun sayang awak seorang saja. I love you.” “I love you too.” Balasku sambil hatiku tergelak besar.

Yes..Fiona pun dah dalam tangan..senang kerja-kerja ‘assignment’ aku lepas ni..suruh ‘girlfriend-girlfriend’ aku yang buatkan..haha..tapi, baru dua..tak cukup lah..aku nak tambah lagi dua..biar cukup empat..nak ikut sunnah..haha..mesti best nak ‘tackle’ budak-budak perempuan UIA ni lagi..harap saja belajar agama, tapi, layan lelaki juga.. haha.. jangan haraplah aku nak buat jadi isteri kalau perangai tak ubah macam ‘playgirl’..haha

“Betul, awak seorang saja wanita kesayangan saya. Saya tak tipu.” Melissa membalas renungan mata buayaku sambil berkata, “Ya. Saya percaya awak. Saya pun sayangkan awak. Awaklah satu-satunya lelaki idaman hati saya.”

Haha..aku berjaya lagi..tinggal lagi satu saja..Saira orang yang bertuah itu..haha..

“Sai, saya cintakan awak. Sudi tak awak jadi pasangan saya? Saya betul-betul dah jatuh hati dan gila bayang pada awak.” Sai tersenyum tanda setuju untuk menjadi pasanganku. “Hanif, saya terlebih sudi untuk jadi pasangan awak sebab itulah impian gadis-gadis di sini termasuk saya.” Sai ingin memegang tanganku tetapi cepat-cepat aku tepis kerana aku tahu itu satu dosa. Tak ingin aku nak menggatal dengan perempuan murahan macam tu!

Menggatal betullah Saira ini..biasalah tu..perempuan..haha..aku lelaki buaya pun tahu pegang-pegang tangan itu satu dosa, inikan lagi muslimah-muslimah UIA..haha..dalam UIA muslimah, luar UIA semua nak tayang..tudung pun dah hilang..fikir aku nak sangat ke budak-budak tu? Haha..jangan harap..semua nak harta ayah aku saja..materialistik! jangan haraplah..aku nak yang suci dalam debu..mawar berduri..barulah namanya muslimah..bukan macam Lia, Fiona, Melissa dan Saira tu..menggatal saja lebih, muslimahnya hampeh..haha

“Hanif, kau apa khabar? Assignment kau dah siap ke? Wah..makin kacak aku tengok kau sekarang ini! Patutlah ramai budak-budak perempuan minat dekat kau. Haha.” Usik Shahrizal, rakan sekelasku, ketika pensyarah belum masuk lagi. Aku tergelak lalu berkata, “Haha..aku sihat. Assignment aku selalu siap sebab ada empat pembantu setia di sisi yang membuatkannya siap. Haha..aku memang sentiasa kacak macam kau juga. Haha..” Kami sama-sama tergelak. “Hanif, kau tahu tak ada budak perempuan baru yang akan masuk dalam kelas kuliah sebelah kita ini. Dengar cerita, cun melecun budaknya. Tak nak cuba nasib ke? Hehe..tapi…” “Betul ke Rizal? Kalau kau dah kata cun, aku mestilah nak mencuba nasib..mesti dapat punyalah..haha..tapi apa?” Shahrizal menjawab, “Aku dengar dia tu susah sikitlah nak layan lelaki sebab dia tu macam mawar berduri. Muka tak pernah nak senyum dengan lelaki. Semalam aku sajalah nak tegur dia. Dia buat tak tahu saja. Muka tak nak pun senyum dengan aku. Muslimah betullah beb..ada peluang ke kau? Perempuan ni susah sikit.. Haha..” Aku mengerutkan dahi sambil berkata, “Erm..nampak macam susah saja. Tapi aku ni lainlah, kau tak sekacak aku. Manalah muslimah tu nak pandang kan..Haha..Aku akan pastikan yang aku dapat ‘tackle’ dia juga. Kau tengok sajalah. Ini Hanif Al-Radzi tau, bukan calang-calang lelaki. Belum ada perempuan lagi yang pernah tolak cinta pura-pura aku ni..haha” Shahrizal tersenyum sinis sambil berkata, “Tapi, budak perempuan yang seorang ni lainlah beb. Tak sama! Apa-apa pun, aku ucapkan semoga berjayalah kau nak ‘tackle’ dia.” Aku membalas, “Yang tak sama itulah yang aku nak. Bukan perempuan-perempuan yang jual murah sangat tu. Haha..Ok, aku akan cuba buktikan pada kau yang aku boleh.” Aku nekad untuk ‘tackle’ muslimah yang dikatakan Shahrizal sebentar tadi untuk membuktikan kelelakian aku.

“Assalamualaikum saudari.” Aku cuba untuk berbual dengannya sewaktu rehat sudah bermula. “Waalaikumussalam.”

Yes.. ‘line clear’ punya. Ada peluang ni..Haha..

“Saya….” Belum sempat aku nak habiskan ayat perkenalan aku, dia dah pergi. Macam tu saja? Tak pandang aku langsung! Apatah lagi nak senyum! Tak patut betullah budak perempuan ni! Ish..!! Memang betullah apa yang Shahrizal cakap dekat aku. Tapi, aku takkan putus asa. Aku akan pastikan juga yang aku dapat ‘tackle’ kau! KRING!! KRING!! Telefon bimbitku membingitkan gegendang telingaku! Panggilan dari Fiona. Ah, malaslah aku nak layan! Buang masa aku saja. Perempuan-perempuan tu dah tak penting dan tak pernah pun penting dalam hidup aku. Yang penting sekarang, aku kena fikir cara nak ‘tackle’ budak perempuan tadi tu! Erm..

Cun juga budaknya. Pakaian yang budak perempuan tu pakai memang menyejukkan mata aku. Jubah labuh berwarna merah dan tudung labuh hitam. Memang sejuk mata aku memandang. Tapi, betul ke dekat luar UIA ni dia macam tu juga? Kalau betullah dia muslimah yang sejati, aku takkan lepaskan dia. Susah nak cari isteri yang sebegitu solehah macam dia zaman sekarang ni. Mungkin, aku dah jumpa calon isteri aku. Haha..

HANIF!! Siapa pulalah yang menjerit memanggil nama aku ni. Aku memusingkan sedikit kepalaku. Oh, Shahrizal rupanya. Memekak saja!

Dalam keadaan tercungap-cungap keletihan berlari, Shahrizal berkata padaku, “Wei, ‘girlfriend-girlfriend’ kau semua cari aku tanya fasal kau. Aku penatlah asyik nak menjawab jawapan yang sama saja tiap-tiap hari. Boleh jadi gila kepala otak aku ni.” Dengan muka yang tak begitu ceria, aku membalas, “Alah, kau bagi sajalah apa-apa alasan pun asalkan aku tak jumpa dah dengan perempuan-perempuan tu. Mengganggu ketenteraman hidup aku saja!” Rizal ketawa lalu berkata, “Tak sampai sebulan lagi takkan kau dah bosan kot. Cun apa pasangan-pasangan kau tu. Siapa suruh kau tamak nak sekali empat? Padan muka! Dahlah semuanya tergila-gilakan kau. Haha..” Aku hanya mampu berkta, “Aku tak kisahlah kau nak cakap apa Rizal, yang pastinya, aku tak nak fikir dah fasal perempuan-perempuan tu. Bukan tergila-gilakan aku, tapi tergila-gilakan harta ayah aku saja! Kalau kau nak semua pun, aku tak kisah dah. Percuma aku bagi kau. Puas? Dahlah, aku penatlah, nak keluar pergi café sekejap.” Aku terus pergi menuju ke café tanpa mempedulikan Rizal lagi. Fikiran aku betul-betul celaru sekarang ni. Aku betul-betul nak berkenalan dengan budak perenpuan muslimah kelmarin yang aku jumpa tu. Tolonglah muuncul wahai muslimah idamanku…

Terpana mataku memandang gadis yang berdiri di hadapan pintu café tu. Budak perempuan muslimah itulah! Wow! Ada peluang ni. Gaya macam dia tengah tunggu seseorang. Bolehlah aku ambil kesempatan masa yang ada ni. Haha..

“Assalamualaikum saudari.” Seperti biasa, dia menjawab salamku. Aku memperkenalkan terus diriku sebelum dia pergi seperti kelmarin. Melepas aku nanti. “Saya Hanif Al-Radzi, kelas Ustaz Zahar. Awak pelajar yang baru masuk 3 hari lepas tu kan? Kita pernah jumpa sebelum ni di kantin. Ingat tak?” Dengan muka yang sedikit pelik, dia berkata, “Ooo..Ya, saya pelajar baru di sini. Saya tak berapa nak ingatlah. Kawan saya dah datang tu. Minta diri dulu. Salam.” Alamak, dia dah nak pergi pula. Aku cepat-cepat bertanya padanya, “Nama awak..?” Dia hanya menggelengkan kepalanya dan terus berjalan menuju ke arah sahabatnya itu tanpa menghiraukan pertanyaan aku. Geramnya!!

Eh, aku kenallah kawannya tu. Lina Ziana rupanya. Senanglah aku nak tanya fasal perempuan muslimah tadi tu. Haha.. Betul-betul mencabar kelelakian akulah perempuan muslimah tu. Tak layan aku langsung! Pandang aku pun tak! Pandang sekali lepas tu dia terus alihkan pandangan dia. Tak kacak ke aku pada dia? Erm..Lina mesti kena tolong aku. Dah jumpa satu jalan. Yes!!

Semasa Lina Ziana sedang berjalan sendirian di kantin, aku cepat-cepat berlari ke arahnya dan menjerit namanya. “Lina! Lina!” Lina Ziana terperanjat dan pusing ke belakang. “La..kau Hanif. Aku ingatkan orang gila manalah tadi yang menjerit-jerit nama aku. Haha. Apa mimpi kau ni tiba-tiba saja cari aku?” Aku menarik nafas panjang-panjang dahulu sebelum menjawab pertanyaannya kerana masih mengah dengan larianku tadi. “Kau kawan dengan budak perempuan yang baru masuk tu ya?” Lina mengerutkan dahinya sambil tersenyum sinis padaku lalu berkata, “Iyalah, kenapa kau tanya? Nak berkenalanlah tu kan. Dah agak dah. Kau ni perangai masih tak berubah. Apalah nak jadi. Jangan haraplah kawan aku tu nak dekat kau kalau perangai ‘playboy’ kau tu masih ada dalam diri kau. Sedarlah. Dia tu bukan perempuan-perempuan ‘taste’ kau lah. Tak payahlah kau nak menyibuk! Dia takkan layanlah lelaki macam kau ni.”

Aku selamba menjawab, “Eleh, kenapa pula kau cakap macam tu? Kau tak tahu apa-apa diam. Aku dah berubahlah. Aku nak tanya kau! Pernah ke dalam dua minggu ni kau nampak aku keluar makan dekat café dengan perempuan-perempuan tu?” Lina Ziana cepat-cepat menggelengkan kepalanya kerana itulah kebenarannya. Aku menyambung lagi, “Tau pun. Kalau kau nak tahu, budak perempuan baru tu lah yang ada semua ‘taste’ yang aku nak. Dialah satu-satunya gadis idaman pilihan hati aku. Haha. Tolonglah aku ya. Siapa nama dia? Aku dah cuba banyak kali tapi tak dapat-dapat. Tolonglah.” Lina Ziana hanya tersenyum sambil berkata padaku, “Telinga aku ni salah dengar ke? Si Raudhatus Sakinah tu ciri-ciri wanita idaman lelaki ‘playboy’ macam kau ni? Haha. Kau jangan buat lawak boleh tak? Dia tu lain ok! Dia tak sama! Untuk pengetahuan kau, ‘playboy’ hanya layak berpasangan dengan ‘playgirl’ sajalah. Lupakanlah niat kau nak dekat dengan Sakinah tu. Dia tu ustazah, sesuai dengan ustaz saja, bukan ‘playboy’.” Aku tersenyum sedikit kerana kini, aku sudah pun tahu siapa nama si dia yang mengganggu hatiku. Haha. “Kau boleh cakap apa sajalah Lina. Aku tak kisah. Yang penting, nama dia aku dah tahu. Kalau ada apa-apa lagi nanti, aku akan minta pertolongan kau. Boleh kan? Hehe. Cuma, peringatan bagi kau. I’M NOT A PLAYBOY ANYMORE OK! Understand? Assalamualaikum!” Aku terus pergi dari situ dengan satu senyuman. Aku langsung tak ambil hati dari kata-kata Lina Ziana tadi kerana aku berasa gembira dengan jawapannya tadi.

Gadis idaman kalbuku, kini aku sudah tahu namamu. Raudhatus Sakinah. Aku akan cuba memikat pemilik nama itu untuk menjadi permaisuri hidupku. InsyaAllah.

Aku termenung sendirian di dalam bilik sambil menyiapkan ‘assignment’ aku. Tiba-tiba, Shahrizal masuk. Dia memberi salam padaku. Aku menjawabnya dengan nada gembira. “Hanif, kau macam dah berubahlah. Aku dah tak nampak pun kau keluar ‘dating’ kat café tu. Kau asyik memerap dalam bilik saja. Sibuk betul kau nak siapkan ‘assignment’ kau tu. Selalunya, ‘girlfriend-girlfriend’ kau yang buatkan. Kenapa tiba-tiba kau yang buat pula? Perenpuan-perempuan tu dah pencen ke? Haha.” Aku tersenyum, “Kau ni Rizal, aku ‘dating’ kau ceramah aku. Aku tak ‘dating’ pun kena ceramah juga ke? Haha. Perempuan-perempuan tu semua dah pencen. Aku dah pecatlah. Haha. ‘Assignment’ aku, biarlah aku yang buat sendiri kan. Kau baru balik dari mana ni? Surau?” Shahrizal menjawab dengan penuh girang, “Alhamdulillah. Kawan aku ni dah berubahlah. Bagus! Istiqamah tau. Hehe. Ha’ah. Aku dari surau. Tadi ada tazkirah daripada budak perempuan baru tu. Ramai betul yang kagum dengan dia. Ada ciri-ciri ustazah. Itu yang aku balik lambat sikit, tunggu tazkirahnya habis.” Mata aku terbeliak besar. “Betul ke ni Rizal? Budak perempuan tu bagi tazkirah? Mesti Ustaz Zahar yang suruh kan. Ruginya aku tak datang. Esok kita pergi surau sama-sama nak tak? Lama betul rasanya aku tak ziarah surau kita tu. Rindu pula rasanya.” Shahrizal menggelengkan kepalanya dan berkata, “Eh Hanif, bukan ke kau ni kaki lepak dekat café? Sejak bila pula tiba-tiba nak pergi surau ni? Mesti nak menggatal dengan budak perempuan baru tu kan. Haha. Takkan dapatlah. Dia tu muslimah betul, kau tu, muslim pura-pura saja. Tapi, aku tetap rasa gembira dengan perubahan kau ni. Mesti ada udang di sebalik batu kan? Cerita sajalah. Macamlah aku ni baru kenal kau.” Aku tersenyum saja dan memberitahu Shahrizal perkara sebenar. Shahrizal juga tersenyum gembira untukku. Dia juga berkata seperti Lina Ziana, ustazah hanya layak berpasangan dengan ustaz, bukan ‘playboy’!

Raudhatus Sakinah, akanku usahakan diriku untuk menjadi lelaki pilihanmu yang terbaik. Aku selalu nampak dia di café. Dia banyak menghabiskan waktunya dengan mengaji. Al-quran comel berwarna merah sering dibawanya ke mana saja dia pergi. Aku memang kagum dengan dia. Aku tak pernah nampak dia ‘dating’. Bila di luar pun, dia tetap dengan imej muslimahnya. Itulah yang aku suka. Betul kata Shahrizal dan Lina Ziana, dia tak sama. Dia lain. Kelainan itulah yang membuatkan aku tertarik padanya. Kebaikan dia, kesolehan dia, ketaatan dia dan kesopanan dia. Berjayakah aku untuk memetik mawar berduri itu? Ya Allah, aku takkan berjaya tanpa bantuanMu. Bantulah aku, ya Allah. Aku bertaubat padamu atas segala dosa dan kesalahanku kerana lalai terhadapMu.

Malamnya, aku bangun untuk bersujud padaNya. Aku berdoa agar diampunkan segala dosa-dosaku. Selama ini memang aku lalai mengingatiNya.

Di atas hamparan sejadah suci

Hamba menadah kedua telapak tangan ini

Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu

Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu

Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu…


Hati hamba merasa hambar dan sunyi

Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati

Jiwa hamba kosong dan takkan berisi

Melainkan dengan redha Yang Maha Mengetahui

Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu Yang Maha Mengasihani…

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari

Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat ILAHI

Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari

Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi

Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni…


Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni

Sujud dahi hamba mencecah ke bumi

Tanda syukur hamba akan kebesaran ILAHI

Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi

Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari…


Ya Rabbul Izzati…

Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??

Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri

Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani

Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai …


Hamba amat mendambakan cinta dariMu

Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu

Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu

Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu

Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu…

Aku selalu mohon pada Ilahi agar aku mendapat jodoh dengan insan pilihanNya. Aku ingin cintaku dekat denganNya. Aku ingin mendapat bimbinganNya dalam melayari kehidupan bahagia yang ku idamkan.

Dalam mencari sebuah hikayat cinta

Hati yang tulus murni amat sukar ditemui

Sukar mencari jiwa yang menerima seadanya

Cinta manusia hanyalah pinjaman di duniawi

Cinta ILAHI jualah yang kekal selamanya

Hanya insan terpilih akan memiliki cinta sejati di uhkrawi…


Hadirkanlah dalam cerita hidupku

Seorang insan bernama teman

Yang sentiasa berada di dalam doaku

Bersama diriku menempuh onak perjuangan

Rela sehidup semati dalam pimpinan agamaMu

Agar dapat merasakan kemanisan iman…


Temukanlah aku dengan cinta yang mencintaiMu

Cintakanlah hatiku dengan cinta yang merindui syahid fisabilillah

Bukan cinta yang berlandaskan hawa nafsu

Kerana syaitan akan menjadi pemisah

Antara cinta hakiki dan cinta palsu

Yang hanya menyebabkan hati terbelah dan berpecah…


Berilah hatiku kekuatan dan ketabahan

Dalam mencari cinta seorang insan

Bersenjatakan kekebalan iman

Berperisaikan doa dan kesabaran

Dalam mengahadapi dunia yang penuh kepura-puraan

Menjadi sebuah permainan hidup yang mensia-siakan…


Satukanlah hatiku ini dengan sekeping hati murni

Yang membawa aku ke arah jalan kebenaran ILAHI

Yang bisa menjadi bukti lafaz cinta suci

Pada pandangan ALLAHURABBI

Agar berkekalan hingga ke syurga abadi

Dan berbahagia di taman indah firdausi…


Bisakah dicari dalam dunia yang fana’ ini

Seorang teman hidup idaman hati

Yang memiliki keteguhan iman yang tinggi

Dan mempunyai hati yang tulus suci

Serta kaya dengan budi pekerti dan akhlak terpuji

Dalam menghulurkan cinta sejati???

Semoga cinta yang sejati akan ku temui

Semoga hari itu akan menjadi saksi

Pertemuan dua hati murni di hadapan ILAHI

Di depan pintu gerbang syurga hakiki dan abadi…

Hari-hariku berlalu dengan perkara-perkara yang berfaedah. Aku sudah biasakan diri dengan mengaji, solat berjemaah di surau bersama Shahrizal setiap kali masuk waktu solat dan mendengar tazkirah-tazkirah serta menghadiri majlis-majlis ilmu.

Suatu hari, aku dipanggil oleh Ustaz Zahar untuk menyampaikan tazkirah selepas solat Isyak. Aku menerima tugasan itu dengan hati yang terbuka dan bahagia. Alhamdulillah, akhirnya aku diberi peluang untuk menjadi Ustaz Hanif. Hehe. Aku memulakan tazkirahku dengan hadis-hadis Nabi. Aku memberi tazkirah tentang Hari Kiamat. Dalam aku memberi tazkirah kepada orang, pada masa yang sama, aku juga sedang mengingatkan diriku. Aku bersyukur kerana aku kini sudah berubah kepada yang lebih baik. Lina Ziana pernah berjumpaku dan berkata, “Hanif, sekarang aku kagum dengan kau. Kau memang dah berubah. Kau dah buktikan. Tahniah. Semoga berjaya cita-cita kau nak memenangi hati Ina. Hehe. Aku doakan.” Aku terharu bercampur bahagia dengan kata-katanya. Amat bermakna bagiku. Adakala, aku terpandang wajah tenang Raudhatus Sakinah saat aku sedang memberi tazkirah. Dia memberi sepenuh penumpuannya pada tiap-tiap tazkirah. Aku ingin menemuinya sebentar apabila balik dari surau nanti. Ada sesuatu yang ingin aku beri padanya.

“Raudhatus Sakinah!” Langkahnya terhenti apabila nama manisnya dipanggil. “Assalamualaikum Raudhatus Sakinah.” Dia membalas ucapan salamku, “Waalaikumussalam Hanif Al-Radzi.” Aku tersenyum lalu berkata, “Sebenarnya, saya ada hal nak cakap dengan awak. Semua hal-hal yang ingin saya katakan pada awak ada dalam surat ini. Harap awak baca sampai habis dan tolong jangan buang surat ini. Lagi dua minggu akan ada Konvoi UIA, harap dapat jumpa awak lagi. Assalamualaikum.” Dia menjawab ringkas, “InsyaAllah, saya akan baca. Waalaikumussalam, Lina pun tengah tunggu saya tu.” Kami sama-sama pergi menuju ke destinasi masing-masing. Aku menarik nafas lega setelah memberinya surat itu. Surat itu aku tulis khas untuk menyuntingnya.

Assalamualaikum saudari Raudhatus Sakinah..

Maaf kerana mencuri masa saudari. Saya cuma ingin memberitahu saudari sesuatu. Mungkin dulu ramai yang mengenali saya sebagai seorang lelaki yang ‘playboy’. Mungkin termasuk juga saudari kerana Lina Ziana adalah rakan saya juga. Mungkin dia ada bercerita tentang saya pada saudari. Tapi, itu semua tiga bulan yang lepas. Hidup saya terus berubah dengan kehadiran saudari. Allah telah menganugerahkan saya hidayah. Saya kembali bertaubat padaNya. Saya terpikat dengan imej muslimah yang menjadi identiti hidup saudari. Memang susah ingin mencari yang solehah. Walaupun UIA, masih ramai lagi pelajarnya yang di luar sana tidak menutup aurat. Di dalam UIA, bertudung. Tapi, bila berada di luar, tudungnya hilang. Tidak ada rasa malu tapi berasa megah dengan menayangkan aurat-aurat mereka.

Sikap saya berubah sejak saya mula mengenali saudari melalui tazkirah-tazkirah di surau, blog saudari dan daripada rakan saudari sendiri, Lina Ziana. Saya ingin menjadikan saudari sebahagian dari hidup saya. Saya pasti, saudari faham maksud saya. Saya telah pun berbincang dengan kedua ibu bapa saya. Mereka tiada halangan. Cuma sekarang, saya ingin bertanyakan pada saudari. Jika saudari setuju, insyaAllah selepas habis belajar hujung bulan ini, saya akan pergi ke rumah saudari untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa saudari. Saya tahu hukum-hukum agama. Memang dulu saya lalai dan asyik hendak berseronok saja. Mungkin sebab itulah saya digelar ‘playboy’. Asyik sangat dengan perempuan. Tapi, itu semua sejarah saya. Saya tak pernah pegang tangan-tangan yang cuba menggoda saya. Baru sekarang saya mula mendalami hukum-hukum agama. Allah memerintahkan agar menundukkan pandangan dalam surah An-Nur, ayat 30 hingga 31.. Patutlah saudari selalu menundukkan pandangan ketika berdepan dengan saya. Baru kini saya faham. Islam tidak pernah ajar kita tentang bercinta atau ‘couple’ sebelum nikah. Perkara itulah yang sering saya lakukan dulu. Tapi sekarang, tidak lagi! Saya takkan buat! Saya hanya ingin merasai nikmat cinta halal yang mendapat redha Allah iaitu cinta selepas nikah. Sebab itulah saya nak jadi kekasih halal saudari. Saya mohon saudari balaslah surat saya ini dengan jawapan YA atau TIDAK. Saya menghormati apa pun jawapan yang bakal saudari berikan. Wassalam.

Ingin menjadi kekasih halal Raudhatus Sakinah,

-Hanif Al-Radzi-

Setiap hari, aku menunggu pembalasan surat daripada dia. Sudah seminggu suratku itu tidak berbalas. Pembelajaranku akan berakhir pada hujung bulan ini. Ada lagi seminggu saja. Dua minggu lagi akan ada Konvoi. Aku ada kejutan untuk dia. Aku ikhlas ingin jadikannya permaisuri hidupku. Aku akan terus bersabar menunggu jawapan daripadanya. Semua ini memerlukan masa.

“Lina, Raudhatus Sakinah ada cerita apa-apa tak dekat kau? Aku dah lama tak nampak dia. Ada apa-apa yang berlaku ke dekat dia? Hari ini hari terakhir aku. Lagi dua minggu barulah kita jumpa lagi,insyaAllah.” Muka Lina Ziana tidak ceria seperti selalu. Dia nampak sedih dan muram saja. “Hanif, aku sokong kalau kau nak kahwin dengan dia. Tapi, aku tak tahulah apa jawapan dia. Dia sekarang ni memang sibuk sikit. Minggu ni kan dia semester terakhir. InsyaAllah kalau umur ada lagi, nanti kita jumpa di Konvoi. Aku akan pergi dengan Ina. Jangan risau.” Lina Ziana cuba mengukir senyuman. Aku mengucapkan salam padanya dan beredar dari situ. Aku ingin berjumpa dengan sahabat karibku pula, Shahrizal.

“Rizal, jaga diri baik-baik. InsyaAllah nanti kita jumpa lagi di Konvoi. Kau memang kawan baik aku yang terbaik. Hehe. Aku nak balik dah ni. Assalamualaikum.” Aku menyalaminya dan tergesa-gesa beredar dari situ kerana teksi sudah menunggu. Hatiku terasa berat untuk pergi. Kakiku juga seakan membeku tidak mahu berganjak meninggalkan seseorang. Aku kuatkan juga hatiku. Aku percaya pada Allah. Andai aku dan dia punya jodoh, kami pasti akan bertemu lagi. InsyaAllah. Selamat tinggal UIA. Selamat tinggal Raudhatus Sakinah. Semoga umurku panjang untuk bertemu denganmu lagi.

Hari ini, genaplah dua minggu aku meninggalkan UIA tercintaku. Aku masih tertanya-tanya kenapa Raudhatus Sakinah masih belum membalas suratku. Tapi, aku tetap akan menanti jawapan darinya. Aku sedang bersiap-siap ingin mengikuti Konvoi UIA di Taman Seri Cahaya, Shah Alam hari ini. Semoga aku dapat bertemu dengan dia.

Setelah semua orang datang, kami berkumpul di satu tempat khas. Lelaki dan perempuan duduk berasingan. Mereka hanya duduk di atas tikar yang di bawahnya rumput. Kami berkelah sambil berjumpa dengan kawan-kawan lama. Alhamdulillah, Raudhatus Sakinah datang. Dia bersama dengan Lina Ziana. Mukanya agak lain. Pucat dan bibirnya kering. Kenapa ya? Aku asyik bertanya pada diriku sendiri.Tanpa melengahkan masa, Shahrizal menjemputku untuk menghiburkan rakan-rakan yang datang. Mereka membawa radio yang boleh dipasang CD. Aku meminta Shahrizal memasangkan nada lagu ‘Kekasih Halal’ daripada kumpulan Wali Band. Di saat itu, berdebar hatiku ingin menyanyi lagu tersebut.

“Lagu yang bakal saya nyanyikan ini adalah khas buat si dia yang bertudung merah. Dengarkanlah.” Semua mata yang ada di situ memandang ke arah Raudhatus Sakinah. Hanya dia seorang yang memakai tudung labuh merah seperti yang dimaksudkanku. Dia terkejut dan mukanya mula merah kerana tersipu-sipu malu. Aku mula menyanyi.

Lagu ini ku nyanyikan khas buatnya kerana mempunyai maksud yang ingin aku sampaikan padanya. Aku harap dia akan membalas suratku.

Selesai saja aku menyanyi, satu tepukan gemuruh berkumandang. Aku melihat ke arah Raudhatus Sakinah. Dia hanya mampu tersenyum. Bibirnya nampak kering. Mungkin keadaan panas menyebabkan bibirnya kekeringan. Dia duduk bersama teman-temannya. Sedang aku asyik perhatikan dia, aku terlihat satu cecair merah mengalir melalui hidungnya. Darah! Dia sakit ke? Atau keadaan panas yang menyebabkannya jadi begitu? Aku nampak dia cepat-cepat mengelap darahnya itu supaya tidak dikesan oleh sesiapa. Tapi, dia gagal kerana aku telah berjaya mengesannya! Risau hatiku dibuatnya. Ya Allah, bantulah dia.

Saat semua orang sedang leka menikmati hidangan makanan BBQ, tiba-tiba kecoh ada orang pengsan, perempuan. Aku cuba melihat siapakah orangnya? Tapi, kesemua perempuan mengerumuninya. Aku terdengar mereka menyebut-nyebut nama Ina. Adakah yang pengsan itu Raudhatus Sakinah? Tak mungkin! Aku inginkan kepastian daripada Lina Ziana. Aku memanggil namanya dengan nada yang agak kuat kerana suasana amat bising pada waktu itu.

“Lina, siapa yang pengsan tu?” Dengan muka yang serba salah dan sedih, dia memberitahuku, “Ina pengsan tiba-tiba tadi. Aku dah suruh Syafira dan Ainul hantarkan dia ke hospital dengan segera. Sebenarnya dia….” Sengaja Lina Ziana memberhentikan cakapnya itu. “Sebenarnya dia apa? Cakaplah!!” Sambil mengalirkan air matanya, dia berkata, “Ina menghidap penyakit buah pinggang. Ada sejenis bakteria merbahaya membiak dalam buah pinggangnya. Doktor kata, dia kena buat pembedahan secepat mungkin untuk membuang virus merbahaya itu sebelum bacteria tu merebak dan meragut nyawanya. Tapi, kos pembedahannya terlalu mahal sampai dia sendiri tak mampu nak bayar. Mungkin sebab dia tahu dia takkan hidup lama, dia tak balas surat lamaran kau tu. Maafkan aku sebab tak beritahu kau awal-awal perkara ni. Dia tak benarkan aku cerita perkara sebenar dekat kau.” Air mata lelakiku tidak dapat ditahan lagi. Menitis juga akhirnya. “Kenapa dia nak sorokkan perkara besar macam ni? Aku nak pergi ke hospital sekarang. Jom!” Aku, Shahrizal dan Lina Ziana menaiki kereta masing-masing menuju ke hospital di mana Raudhatus Sakinah ditempatkan.

Sampai saja di hospital, aku terus bertemu dengan Syafira dan Ainul yang membawa Raudhatus Sakinah ke sini. “Ainul, Fira, macam mana keadaan Raudhatus Sakinah? Doktor ada cakap apa-apa tak?” tanyaku dengan nada kerisauan. “Doktor tengah tunggu ibu bapa Ina datang. Kami dah maklumkan. Ina sekarang ada dekat bilik ICU. Keadaannya kritikal.” Aku bertanya lagi dengan nada yang agak kurang puas hati, “Kenapa tak mulakan pembedahan lagi? Kata keadaannya kritikal!” Doktor menuju ke arahku dan berkata, “Bertenang semua. Pihak kami hanya akan mulakan pembedahan jika ibu bapa pesakit bersetuju dengan bayaran yang telah ditetapkan.” Aku bertanya, “Berapa bayarannya doktor?” Doktor menjawab, “RM 135,255 semuanya.” Semua orang yang ada di situ resah kerana bayarannya terlalu mahal. “Baiklah, saya setuju. Biar saya yang tandatangan. Mungkin ibu bapanya lambat lagi nak sampai.” Doktor segera menyerahkan dokumen yang perlu aku tandatangani dan segera mulakan pembedahan.

Satu jam kemudian, barulah ibu bapa Raudhatus Sakinah sampai. “Pakcik, makcik, saya dan tandatangankan dokumen pembedahan Raudhatus Sakinah. Janganlah risau ya. InsyaAllah, semuanya selamat.” Aku berkata pada kedua ibu bapanya.

Ayahnya, Hamidi bertanya padaku, “Berapa kos pembedahannya?” Aku menjawab, “RM 135,255.” Pakcik Hamidi tiba-tiba seperti sesak nafas mendengar kos tersebut. Aku cepat-cepat memberitahunya bahawa semua kos pembedahan Raudhatus Sakinah, aku yang akan tolong bayarkan. Pakcik Hamidi terharu bercampur pelik. “Anak ni siapa? Pakcik tak nak orang lain susah disebabkan anak pakcik.” Aku menjawab, “Saya kawan dia. Tak menyusahkan pun pakcik. Lagipun, saya memang bercadang hendak berjumpa dengan pakcik. Saya nak meminang anak pakcik. Saya jujur dan ikhlas ingin membantu.” Dengan riak muka terharu, pakcik Hamidi berkata padaku, “Alhamdulillah, pandai si Sakinah tu cari calon suami. Pakcik dan makcik ni restu kalau kamu nak kahwin dengan anak pakcik. Sejuk mata pakcik tengok kamu. Kamu ni ustaz ke?” Aku tersenyum girang mendengar kata daripada bakal bapa mertuaku itu. “Saya bukan ustaz. Saya belajar di UIA juga. Sama dengan Raudhatus Sakinah.” Kami sempat berkenalan lebih lanjut. Dia banyak bertanya tentangku. Perbualan kami terhenti apabila doktor keluar daripada bilik ICU setelah dua jam setengah berada di dalam.

“Doktor, macam mana dengan dia?” Aku terus bertanya pada doktor tersebut. “Alhamdulillah, saat-saat kritikal pesakit sudah lepas. Pesakit stabil sekarang. Hanya keluarga terdekat saja yang boleh ziarah pesakit waktu sekarang ini. Bayaran boleh dilakukan di kaunter. Pesakit boleh pulang dalam masa tiga hari lagi. Saya pergi dulu. Ada pesakit lain menunggu. Assalamualaikum.” Hatiku lega mendengar jawapan doktor itu. “Alhamdulillah, terima kasih doktor. Bayaran saya akan buat sebentar lagi. Waalaikumussalam.” Aku mempersilakan ayah dan ibu Raudhatus Sakinah masuk ke biliknya terlebih dahulu. Aku ingin membuat pembayaran di kaunter. Aku mengajak Shahrizal bersamaku.

“Hanif, kau betul-betul pemurah dan baik hati. Kau tak berkira pun. Mahal pun kau sanggup bayar. Itu yang buat ibu bapa Ina terima kau jadi menantu. Hehe. Tahniah!” Aku tergelak, “Haha. Aku ikhlaslah Rizal. Aku tak mengaharapkan balasan pun. Raudhatus Sakinah tak materialistik. Sebelum ni pun, dia tak tahu lagi yang aku ni anak Datuk. Kita banyak harta pun, kalau sombong dan tak bantu orang yang perlukan pertolongan, apa guna? Nanti Allah tarik balik rezeki kita. InsyaAllah, kalau ada jodoh, aku kahwinlah dengan dia. Hehe. Kau jangan lupa datang. Tapi, dia masih belum membalas surat aku. Aku masih menanti jawapan daripada dia. Aku nak jadi kekasih halal dia!” Rizal menenangkan aku, “Sabarlah. Aku pasti dia terima kau lah. Dia pun nak jadi kekasih halal kau juga. Hehe. Belum pernah aku tengok kaki lepak dan ‘playboy’ macam kau ni berubah jadi ustaz yang warak’ macam ni. Ina berjaya membuat kau berubah. Alhamdulillah.” Aku membalas, “Alhamdulillah.”

Seminggu pun berlalu, sudah lebih kurang empat hari Raudhatus Sakinah keluar dari hospital. Aku belum pernah lagi menjenguknya. Semasa hari dia dimasukkan, aku tidak sempat hendak menziarahnya kerana kesibukan yang melanda diriku. Aku masih menunggu jawapan daripadanya. YA atau TIDAK bakal menentukan sama ada aku jodoh dia atau sebaliknya.

Sedang aku asyik mengelamun, tiba-tiba, telefon bimbitku berdering. Nombor yang tak ku kenali. Aku menjawab panggilan itu, “Assalamualaikum.” Pelik! Suara orang tua. “Waalaikumssalam. Hanif, ini pakcik Hamidi. Kenal lagi kan?” aku menjawab dengan senyuman, “Mestilah saya kenal, pakcik. Mana pakcik dapat nombor telefon bimbit saya ni?” Dia menjawab pula,“ Pakcik dapat nombor telefon kamu daripada doktor yang membedah Sakinah tempoh hari. Bila kamu nak datang rumah pakcik? Sakinah dah beritahu jawapannya pada pakcik. Dia sedia menerima kamu.” Aku bagaikan tak percaya! Mimpikah ini? Raudhatus Sakinah menerima lamaranku? Alhamdulillah. Ku tahan air mataku dari membasahi pipiku, “Alhamdulillah pakcik. Nanti saya beritahu abah dan ibu saya. Terima kasih. InsyaAllah, minggu depan saya akan datang untuk majlis walimatul urus.” Selesai berbincang di telefon bersama bakal bapa mertuaku, air mataku deras mengalir dan aku terus pergi berwuduk untuk sujud syukur pada Ilahi kerana telah memperkenankan doaku. Thank you Allah!

Selesai lafaz ijabkabul di Masjid Shah Alam, aku dan Raudhatus Sakinah sah menjadi pasangan ‘couple’ suami isteri. Akhirnya, berjaya juga aku jadi kekasih halal dia. Alhamdulillah. Ku kucup dahinya sambil dia menitiskan air mata terharu bercampur bahagia. Air mata gembiraku juga turut mengalir. Subhanallah!!

Malamnya, sebelum aku dan dia merebahkan diri untuk merehatkan badan, aku berkata padanya dengan penuh kemesraan, “Sayang, terima kasih sebab sudi terima Abang jadi kekasih halal Sayang.” Dia membalas kata-kataku dengan mengukir sebuah senyuman indah, “Kasih diterima, Abang. Bukan ke Abang yang minta persetujuan Sayang untuk jadikan Abang kekasih halal Sayang? Terima kasih juga sebab sudi jadikan Sayang kekasih halal Abang. Thanks a lot sebab Abang tolong bayar kos pembedahan Sayang.” Sejuk hatiku mendengar kata-katanya. “Kasih juga diterima, Sayang. Kita dah jadi ‘couple’ kan sekarang. Tak payahlah nak berterima kasih lagi. Abang akan sentiasa menerima kasih Sayang. Hehe. Yes! Abang boleh buat apa saja sekarang. Abang boleh rindu Sayang, cium Sayang, pegang tangan Sayang dan peluk Sayang!” kataku sambil menunjukkan reaksi seperti hendak memeluknya. Dia tersipu malu. Pipinya berubah menjadi putih kemerah-merahan. “Abang ni, gatal!” katanya sambil mencubit pehaku. Aku ketawa dan berkata, “Kalau Abang tak menggatal dengan Sayang, Abang nak menggatal dengan siapa lagi? Oklah. Abang nak menggatal dengan jiran sebelahlah esok. Jangan cemburu tau.” Dia mencubit pehaku lagi. Aku dan dia sama-sama ketawa. Sebelum tidur, aku memberitahunya bahawa aku akan mengejutkannya bangun untuk qiamulail bersamaku sebelum Subuh untuk memohon restu, redha dan bersujud pada Allah s.w.t.

Jam menunujukkan pukul 3.30 pagi. Aku mengejutkannya supaya bangun daripada tidur. Kami berwuduk dan mengerjakan qiamulail bersama diketuai aku, selaku imam. Usai qiamulail, aku membacakan doa. Isteriku, Raudhatus Sakinah mengaminkan isi doaku. Kami bermunajat pada Ilahi. Aku berdoa padaNya dengan penuh pengharapan. Isteriku mengaminkan doa yang ku baca dengan penuh pengertian.

Ya Allah, kami mohon padaMu agar diampunkan dosa kedua ibu bapa kami, dosa-dosa kami dan dosa seluruh umat Islam. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang bakal menjadi pejuang syahid fisabilillah. Redhailah dan restuilah tali pernikahan kami ini agar berkekalan hingga ke syurga Firdausi. Janganlah Kau biarkan kami hanyut dengan nafsu duniawi sehingga melupakan ukhrawiMu. Bimbinglah hati kami sentiasa. Jadikanlah kami pasangan bahagia dunia dan akhirat. Terima kasih ya Allah kerana dengan izinMu, Kau jadikan kami kekasih halal. Kau perkenankan juga doaku untuk menjadi kekasih halal isteriku. Semoga Kau panjangkan jodoh kami agar kami dapat berjumpa dan berkasih sayang lagi di akhirat kelak.

Amin ya rabbal a’lamin…

Usai membaca doa, dia menyalamiku. Aku menghadiahkan sekuntum senyuman manis padanya dan mengucup dahinya. Subhanallah!! Aku berkata dalam hatiku,

Ya Allah, jadikanlah isteriku ini seorang isteri yang mentaatiMu dan mentaati suaminya. Jadikanlah dia ibu yang akan mengasuh anak-anakku dengan ajaran agama muliaMu. Berkatilah hubungan kami ini agar aku dan dia kekal behagia sehingga maut menjemput kami untuk kembali ke pangkuanMu.

-TAMAT-

CINTA YANG SEBENAR ...
"Serahkan cintamu pada ALLAH, kelak, kau takkan kecewa..salurkan rindumu pada Rasulullah, nescaya kau akan merasa bahagia..suburkan sayangmu pada Ibu Bapa, pasti kau gembira melihat mereka..siramlah perasaan kasihmu pada Sahabat-sahabat yang mengalirkanmu ke jalan kebenaran..bersihkanlah HATImu untuk bertemu dengan sekeping HATI suci pilihanNya.. :) "

BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PERAMPUAN DALAM ISLAM
Etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita menurut Islam :
1. Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)
2. Menutup Aurat; ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nuur: 31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)
Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah .a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)
Posted by mek nah at 8:02 PM 0 comments
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz
CINTA ITU PASTI ADA ....
Cinta itu wujud..
Pada hati-hati yang suci..
Pada jiwa-jiwa yang ingin cuba mengenaliNya..
Pada hamba yang semakin insaf akan kekhilafannya..
Cinta itu ada..
Pada Allah yang mencipta kita..
Indah pada pandangan mata..
Berbeza paras dan rupa, itu bukan ukuranNya..

Cinta itu adil..
Pada saat umat jahil..
Rasulullah menjadi pilihanNya..
Membawa umat kembali mencintaiNya..
Cinta itu pasti ada..
Pada seraut wajah redup ibu bapa..
Penat lelahnya membesarkan kita..
Ikhlas hatinya, entah dapat dibalas atau sebaliknya..
Cinta itu hadir..
Pada seorang saudara yang menasihati saudaranya yang lain..
Keduanya saling menasihati ke arah kebenaran dan kesabaran..
Supaya ukhuwah menuju Syurgawi tidak dilupakan..
Cinta itu pasti muncul..
Dalam hati seorang sahabat sejati..
Mencari dan mengajak sahabat lain ke jalan Ilahi..
Agar diri dan sahabat tidak terhumban ke dalam gaung Neraka yang dahsyat tak terperi..
Cinta itu satu anugerah..
Bila hati bertemu hati..
Saat lafaz ijabkabul selesai terurai..
Keikhlasan si suami isteri memikat redhaNya..
Cinta itu memang indah..
Bila berlandaskan al-quran dan as-sunnah..
Bila tujuannya kerana Allah..
Bila matlamatnya Syurga yang barakah..
Cinta itu pasti ada!!
Pasti kau akan temuinya..
Dengan membersihkan dirimu daripada segala noda dan dosa..
Kelak, cinta abadi dan hakiki akan mula bertakhta dalam jiwa seorang hamba.. :)
..
Posted by mek nah at 7:56 PM 0 comments
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz
apa ada pada valetine's day ..
ASAL USUL HARI VALENTINE’S DAY
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.
Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine:
Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas.
Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia.
Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.
Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.
Lebih lanjut, bacalah di sini :
- Elak Sambut Valentine’s Day
- Valentine’s Day
HARAM MENYAMBUTNYA
Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma’ (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)
Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara’ kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan’ dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan ‘ketulenan’ cinta seseorang kepada kekasihnya.

say no t0 'couple' then say n0 t0 valentine's day!
Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
“Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur’an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam” ( An-Nisa : 140 )
Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:
Lelaki: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.
Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)
Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.
Ada lagi..Jom baca di sini :
- Hukum Rai Valentine’s Day dan Jual Bunga Ros
- 14 Februari : Hari apakah itu bagi seorang Muslim??
Bangunlah wahai umat! Jangan ikut budaya Barat! Mari buktikan bahawa umat Nabi Muhammad adalah sebaik-baik umat! Jangan cemari ia dengan dosa dan maksiat!
Posted by mek nah at 6:00 PM 0 comments
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz
khas utk org yg " BERCOUPLE "
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak ‘join’, kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya ‘mat capub’(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang ‘couple’..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit.. Saya mula berfikir..
“Adakah aku perlu BERCINTA?”
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber’couple’..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..’ALL OUT’lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
‘gayut’ malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber’couple’ tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau ‘birthday’ kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena berubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awak bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah…………
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple ‘jiwang-jiwang’ je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara’..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..Dan awak terima perubahan saya itu……
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya selalu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib……..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah……..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A’raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: “Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?” Mereka
menjawab: “Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa”.Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap……..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose……..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

“COUPLE HARAM“

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu……..
kita tetap akan cari alasan untuk ‘membenarkan’ pendapat kita..Saya pun buat tak tahu pasal benda tu………….
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan tak pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat…..
Tanya khabar…..
Borak-borak…..
Siap bagi tzkirah lagi…..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah……..Masa terus berlalu…….

Masa ni dah nak dekat Trial SPM…….
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah…….

Ada yang terima…….
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur……
saya kena marah pula….
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~

Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)Saya pun terfikir..
“Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?”Lepas tu terjumpa pula ayat ini..
Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..
“Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon..”Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber’couple’ ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
“Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati..”
*****
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta’aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat.. takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.. pihak penganjur pun faham..Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
“Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?”Lalu saya menghampiri ‘Brother’ fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
“Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?”

“Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?”
“Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla..”
“Bercinta ke?”
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
“Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?”

“Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra’, surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.“
“Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia.”Saya tak mahu mengalah.
“Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni.”
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)“Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?” Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, “Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?”

“Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple..”

“Zina hati?” Saya menduga.
“Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh ‘check’ dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati.”

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..
“Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta.”“Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt.” Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..
“Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi.”

Saya terdiam lagi.
“Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta secara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri.”

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

“Jadi apa saya nak buat bang?”

“Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu.”

“Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?”

“Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada ’sejarah’ dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner.”

Tiba-tiba saya terfikir..

“Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?”

Saya cakap..

“Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?”

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

“Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra’du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan.”Alamak…tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.“Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup.”“Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.”
“Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri.”
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
“Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya..”

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

“Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum..”

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].Lepas tu tertera di skrin..
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
“Terima kasih bang..”

“Takpe, dah tanggungjawab..”

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awek, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta’lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..
“Seindah gubahan pertama..”Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir..”Kena tegaskan rasanya”. Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

“Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..-Yang Terakhir- “

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya.





Gratisan Musik